FACTUAL:

1)      Apakah latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan barat

= Negara kita yakni Tanah Melayu dahulu kala amat jauh dari segi tamadunnya, ekonomimahupun pembelajaran. Hal ini disebabkan negara kita tidak terdedah dengan contoh negara yang maju yang mampu menolong Tanah Melayu waktu itu. Peredaran ekonomi kita amatlah jauh untuk dibandingkan dengan negara Eropah. Walaupun Tanah Melayu kaya dengan hasil biji timah, kita tidak dapat mengawal keunggulan biji timah ini pada waktu tersebut. Tnaha Melayu juga tidaklah mempunyai semangat setiasa bersama dan kerjasama sebelum kehadiran pihak jajahan. Dengan kehadiran British, Tanah Melayu terus terjadi 360 perubahannya.

2)      Jelaskan maksud Nasionalisme?

= Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

3)      Terangkan faktor kemunculan nasionalisme di negara kita

= Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.Ilustrasi menggambarkan serangan Portugis terhadap Melaka.Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung. Setelah berundur dari Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun serangan tersebut menemui kegagalan.Penentangan terhadap ancaman luar juga dilihat melalui perjuangan Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Baginda berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. Perjuangan baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah. Begitu juga dengan kesungguhan dalam menentang penjajah seperti yang dilakukan oleh Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Perjuangan mereka bersifat setempat, namun selari dengan erti nasionalisme, iaitu perjuangan menuntut kebebasan daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masing-masing. Kesedaran awal mendapat reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah sehingga memaksa masyarakat kita bergerak secara sederhana.Kesedaran nasionalisme perlu dikaitkan dengan perjuangan tokoh agama sejak awal abad ke-20 yang dibawa oleh gerakan Islah. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir JalaluddinHaji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.Kesedaran ini kemudiannya diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar yang digerakkan oleh individu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba), Muhammad Rakawi Yusuf,Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub. Selain itu, terdapat perjuangan yang digerakkan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Tokoh ketika itu ialah Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin al-Helmi. Walaupun menghadapi kekangan kewangan, halangan undang-undang dan pengawasan ketat pemerintah, perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat tetap diteruskan.

 

CONCEPTUAL:

1)      Sejauh manakah perubahan politik dunia telah merubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka

=  Perubahan politik dunia telah merubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka adalah dengan ke arah lebih berfikir sebelum bertindak. Selain itu, orang Melayu juga telah berubah dari segi lebih mementingkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.Hal ini telah membuatkan orang Melayu lebih bersikap positif dari sebelum ini. Selain itu, orang Melayu juga bersikap lebih bersatu padu dalam suatu kelakuan. Seperti contoh, mereka akan berbincang dan menambah baikkan di mana yang kurang.

2)      Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme terhadap orang Melayu sebelum merdeka. Buktikan

= Hal ini kerana perkembangan dari sifat ekonomi yang pesat telah mengakibatkan  Tanah Melayu terancam dan terpaksa bekerja dengan lebih banyak dan jadual waktu yang padat. Selain itu, negara kita juga menerima tempahan biji timah dua kali ganda atas permintaan negara luar kerana mereka ingin melakukan pekerjaan seharian mereka dan ini telah mengakibatkan Tanah Melayu terpaksa menambah bilangan pekerja. Dengan itu, kita terpaksa membelanjakan gaji dua kali ganda. Seterusnya, negara kita juga tidak menerima getah yang banyak kerana getah di negara luar telah mereoluvi dengan pesat dengan adanya kilang bagi memudahkan mereka mengatasi masalah ini. Dengan itu kita dapati bahawa permintaan getah kian berkurang dari semasa ke semasa. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak stabil dan kian menurun.

3)      Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.

= Pada peringkat awal nasionalisme adalah bersifat penentangan terhadap penjajah yang datang sama ada oleh sami Buddha di Burma, Pembesar di Tanah Melayu, vietnam, Jawa dan sumatera dan ketua Daerah di Filipina. Penjajahan ini adalah kesan daripada keadaan politik yang kurang stabil di Asia Tenggara .Kemudian gerakan nasionalisme di  Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya. Golongan ini adalah mereka yang mendapat pendidikan Barat ataupun memiliki pendidikan Arab. Mereka telah memahami budaya, ilmu pengetahuan dan nilai hidup Barat  dan telah melihat perkembangan dunia luar. Mereka telah menghayati idea baru seperti Liberalisme, Sosialisme, komunisme dan Demokrasi. Semangat peningkatan kehidupan sama ada sosial mahupun ekonomi menjadi agenda utama pada dua dekad abad ke 20. Politik juga diberi perhatian yang lebih selain telah mula membuat tuntutan politik dengan menerangkan persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan . ia bukan saja melibatkan kaum lelaki tetapi jua kaum wanita sepertiman halnya di Indonesia yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng kartini . Penentangan adalah dinamik, keras dan berani menentang penjajah. kebanyakan golongan ini lebih ramai daripada golongan guru, wartawan, penulis atau pegawai kerajaan yang kurang mendapat perhatian kerajaan tetapi telah mendapat pendedahan daripada Jepun yang pernah menakluki  Asia Tenggara. Juga terdapat kegiatan nasionalisme daripada golongan pendatang seperti China dan india yang memperjuangkan mayarakat mereka. kegiatan mereka adalah amat berbeza daripada kegiatan nasionalisme tempatan. Kedatangan mereka  adalah untuk mencari pendapatan dan bukanlah untuk terus menetap di  Asia Tenggara. Kelahiran warga tempatan daripada masyarakat China ini mengubah pendirian ini menjadikan kegiatan mereka tertumpu pada kemahuan mendapatkan kewarganegaraan di  negara-negara  Asia Tenggara. Ada juga nasionalisme yang bersifat mementingkan agama seperti di Burma oleh golongan Sami Buddha.

               DEBATABLE:

1)      Generasi muda harini tidak patriotik dan hilang jati diri. Huraikan?

= Saya setuju dengan penyataan ini dimana generasi muda harini tidak patriotik dan hilang jati diri kerana hari demi hari kita singkirkan diri kita untuk memasuki acara yang memartabatkan jati diri kita dengan bermain telefon pintar. Antara contoh, acara yang memartabatkan jati diri kita adalah gotong royong, mendengar ceramah dan lain lain. Generasi muda harini juga tidak begitu mengambil penting mengenai hal ini tambahan pula dengan virus covid ini. Generasi ini juga telah merosakkan imej identiti negara kita dengan kurangnya sikap patriotik dan jati diri ini. Antara contoh untuk meningkatkan patriotik dan jati diri anak muda pada zaman ini adalah, mengajak mahupun mewajibkan untuk generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti seperti mendengar mahupun belajar dengan sejarah Tanah Melayu bahawa beratnya untuk berlawan dengan pihak jajahan bagi mempertahankan Tanah air kita. Seterunya, para guru boleh menekankan para pelajar yang mana pentingnya menjaga jati diri dan patriotik bagi mengekalkan sikap seseorang rakyat yang boleh jadikan contoh kepada generasi akan datang. Kesimpulannya, kita mestilah tidak mengambil endah dengan hal ini kerana kita sepatutnya dijadikan contoh untuk generasi akan dating di mana mereka akan mengekalkan mahupun memajukan negara kita dengan semangat patriotik dan jati diri yang tinggi.

Comments