KESIMPULAN KERJA SEJARAH
Pada hari rabu, 16/6/2021, saya dan rakan sekumpulan saya
yang bernama Muhammad Khairi Zafri dan Faris Murshidi telah melakukan
perbincangan di atas talian. Kami menggunakan Goggle Meet sebagai medium
perantaraan kami berhubung antara satu sama lain.
Antara contoh
maklumat yang kami dapat selepas menonton video yang diberikan oleh guru kami
adalah kita mestilah sentiasa berjuang hak kita kerana apabila semua orang
berdiam sahaja, kita akan dipijak dan dipergunakan serta dimonopoli oleh mereka
yang tak bertanggungjawab.
Seterusnya, kerajaan
juga perlu menguatkuasakan undang-undang
dengan penuh keadilan yang berlandaskan prinsip undang-undang kerana masih
ramai lagi penduduk di Malaysia yang masih lagi berpegang kepada watan dan juga warisan tanah air.
Jadi, pada hari ini
kami dapat simpulkan bahawa kita tidak sewajarnya mengambil enteng terhadap
matapelajaran sejarah ini kerana kita dapat mengubah kesilapan lama sebagai
panduan hidup pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment